Bengkel Kecantikan MaryKay, KDB dan Advokasi
21 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2018 yang lalu, PI RPR Permyjaya telah berkolaborasi bersama MaryKay untuk mengadakan kelas Kecantikan dan Mekap di PI RPR Permyjaya.
Seramai 9 peserta yang menghadirkan diri untuk menyertai kelas tersebut. Pihak MaryKay membantu dan membimbing mereka dari segi cara pemakaian mekap yang betul.
Selain itu, tujuan MaryKay mengadakan kelas ini adalah untuk mempromosikan barang kecantikan mereka. Selain itu, tayangan video KDB dan advokasi mengenai penggunaan internet juga diselitkan didalam program.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: